Monday, July 09, 2007, 8:56 PM
Last thursday during my Malay Language Studies class we have to put up a short skit to replace our test...the theme Language...i was working with Sufina, Kahirul & Fayyadh...my group got educational language...below is the script written by Khairul...
Anggota-anggota Kumpulan:
Nadiah
Sufinah
Fayyadh
Khairul
Watak-wakak:
Nadiah - Nadiah
Sufinah - Sufinah
Fayyadh - Fayyadh
Khairul - Khairul
Ringkasan cerita:
Khairul dan Fayyaah sudah bercadang untuk bersarapan pagi pada hari sabtu ini. Nadiah dan Sufinah juga bersarapan di tempat yang sama tanpa pengetahuan Khairul dan Fayyadh. Perbualan antara mereka akan dituturkan dalam Bahasa Terpelajar.
Pada suatu pagi hari sabtu, Khairul dan Fayyadh berjumpa untuk bersarapan sama-sama. Mereka telah bercadang untuk bersarapan di McDonald’s. Setelah membeli makanan masing-masing, mereka menuju ke tempat yang tidak diduduki sesiapa.
Fayyadh : Khairul, sudahkah kamu menyelesaikan kerja sekolah yang telah diberikan cikgu semalam?
Khairul : Saya belum menyelesaikannya kerana terdapat satu soalan yang saya tidak dapat menjawab.
Fayyadh : Boleh saya tahu soalan apa itu?
Khairul : Fayyadh, mari kita beralih ke tajuk yang lain. Saya sudah tidak tahan lagi selalu mendengar perkataan ‘kerja rumah’ itu. Bagaimana perhubungan anatara awak dan Sufinah? Ada apa-apa berita terkini antara kamu berdua?
Fayyadh : Kkairul, awak selalu begini. Perhubungan antara saya dan Sufinah tiada apa-apa yg berlaku. Saya mahu menyatakan perkara yang sebenar kepada dirinya. Saya takut jikalau perasaan saya ini bertepuk sebelah tangan.
Khairul : Fayyadh, apa yang awak katakana? Jikalau awak tidak memberitahunya bagaimana awak tahu bahawa dia tidak sukakan awak.
Perbualan yang begitu asyik antara Khairul dan Fayyadh sehingga mereka tidak
Menyedari Nadiah dan Sufinah memasuki McDonald’s untuk bersarapan juga. Apabila
kedatangan mereka disedari Khairul lalu beliau mengajak mereka untuk bersarapan
bersama mereka. Fayyadh sudah tersipu-sipu malu kerana kehadiran Sufinah. Setelah
membeli makanan masing-masing, Nadiah dan Sufinah duduk bersama Khairul dan
Fayyadh.
Sufinah : Fayyadh, apa khabar awak hari ini?
Fayyadh : Saya sihat Alhamdulillah. Bagaimana awak pula?
Sufinah : Saya juga sihat, Alhamdulillah.
Khairul &
Nadiah : Ehem. Ehem. (tersenyum-senyum)
Mereka berempat senyap seketika sambil Khairul dan Nadiah tersenyum melihat gelagat
Fayyadh dan Sufinah. Kesunyian itu dipecahkan Khairul apabila beliau menujukan
soalan kepada Nadiah dan Sufinah.
Khairul : Nadiah dan Sufinah. Awak berdua hendak kemana selepas ini?
Nadiah : Kami bercadang untuk berjalan-jalan di Bugis Street untuk membeli baju. Awak berdua mahu ikut sama?
Khairul : Kami memang tiada rancangan untuk keluar selepas ini. Apa cadangan awak Fayyadh?
Fayyadh : Saya hendak menyelesaikan kerja rumah yang telah diberikan cikgu semalam.
Sufinah : Apa yagn hendak dimalukan Fayyadh? Ikutlah kami. Jangan takut. Saya tidak ‘memakan orang’.
Khairul : Fayyadh, mari ikut kami. Kerja rumah itu boleh dilakukan pada esok hari.
Nadiah : Fayyadh, marilah ikut kami berjalan-jalan di Bugis Street.
Fayyadh : Baiklah, saya setuju mengikut kamu semua.
Fayyadh akhirnya menyerah diri kepada rayuan kawan-kawannya. Setelah mereka semua
Selesai makan mereka meninggalkan tempat itu lalu menuju ke Bugis Street.
Khairul : Makanan yang dibeli tadi sungguh lazat dan mengenyangkan. Mari kita semua ke Bugis Street.
-Tamat-
so how? can Khairul be the script writter for any upcoming SURIA channel show?can we be actors & actresses?haha~
<